Friday, 6 April 2012

PEMAIN DALAM PASUKAN SEPAK TAKRAW

1) Tekong - Merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak
                   melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.

2) Apit kanan - Merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan Tekong, bertindak mengawal 
                        bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang.

3) Apit kiri - Merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong, bertindak mengawal bahagian  
                    kiri dan bahagian hadapan gelanggang.

* Apit Kanan dan Apit Kiri masing-masing boleh bertindak sebagai pencampak bola untuk Tekong melakukan 
   sepak mula atau servis, melakukan libasan (rejaman), mengumpan bola dan membuat hadangan. Ini 
   bergantung kepada situasi permainan dan kemahiran masing-masing.

1 comment: