Friday, 6 April 2012

KEMAHIRAN ASAS DALAM SEPAK TAKRAW


1.     Servis

2.     Melambung

3.     Mengumpan

4.     Menanduk

5.     Merejam

6.     Menghadang



1)  SERVIS

  • Dalam posisi yang bersedia, tekong akan menjengketkan kaki kanannya sebelum melakukan ayunan.
  • Beri isyarat kepada apit tentang ketinggian bola yang dikehendaki.
  • Sepak bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki dan mengikut lajak.
    






2) MELAMBUNG

  • Terdapat empat fasa dalam membuat lambungan iaitu memegang bola, membengkok lutut, melempar bola dan ikut lajak.
  • Pegang bola dengan kemas dan fokus ke arah tekong,
  • Bengkokkan lutut bagi mendapatkan daya sebelum melakukan lambungan.
  • Luruskan lutut semasa bola dilepaskan dan mengikut lajak.


   













3) MENGUMPAN

  • Tiga fasa yang terlibat semsa mengumpan iaitu posisi diri sedia, dirian tapak dan melakukan sepakan.
  • Bersedia mengawal bola.
  • Bengkokkan lutut kiri bagi melakukan kestabilan.
  • Gunakan kemahiran sepak sila untuk melakukan umpanan
  • Imbangkan badan dengan tangan.











4) MENANDUK

  • Menanduk bola ialah kemahiran yang menggunakan kepala untuk menghantar, mengumpan, mengawal dan merejam bola.
  • Teknik menanduk ialah dengan cara dongakkan muka, kemudian gunakan dahi untuk menolak bola ke atas.





5) MEREJAM

  • Pelbagai jenis rejaman yang boleh dilakukan seperti rejaman gunting, rejaman sisi dan rejaman menapak.
  • Untuk menguasai kemahiran rejaman ini, pelajar mestilah mempunyai fleksibiliti, kuasa, ketangkasan dan kekuatan yang tinggi.
  • Mata memandang bola dan sesuaikan kedudukan diri dengan arah bola.
  • Lonjakkan kaki kanan dan gunakan luar kaki untuk rejaman.











6) MENGHADANG

  • Menghadang bola ialah satu kemahiran bagi memastikan rejaman yang dibuat oleh pihak lawan ditangkis.
  • Menghadang bola boleh dilakukan dengan kaki atau badan.
  • Tiga fasa utama dalam kemahiran menghadang :
  1. Diri sedia.
  2. Lonjak dengan tinggi sehingga punggung melepasi 0.5 m daripada jaring, semakin tinggi lompatan yang dibuat, semakin tinggi luas kawasan hadangan.
  3. Pastikan hadangan kaki yang digunakan tepat menghadang bola yang direjam, batal jika menghadang menggunakan tangan



21 comments:

  1. hey
    macam mana nak berlatih lipat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar sndri...usaha kne lbih

      Delete
    2. Kini perlu menggunakan bahagian dalam kaki untuk mengumpan

      Delete
  2. terima kasih sangat membantu

    ReplyDelete
  3. Nota KEMAHIRAN asas sepak takraw

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak² saya minta izin guna utk tugasan saya

    ReplyDelete
  5. Sangat membantu..terima kasih

    ReplyDelete
  6. Izinkan saya guna utk tugasan

    ReplyDelete
  7. nota sangat membantu terima kasih ✨

    ReplyDelete
  8. nasib baik lah ada nota ni, boleh la guna untuk kerja sekolah saya, kalau tak dah lama kena marah dgn cikgu (cikgu isqi)

    ReplyDelete
  9. Tq...saya guna nota ni sebab cg saya bgi suruh salin bota dlm buku..tq sebab izinkan ❤

    ReplyDelete
  10. mengapakah kemahiran menerima servis perlu dikuasai oleh setiap pemain ?

    ReplyDelete
  11. Untuk mendapatkan mata yang tinggi

    ReplyDelete
  12. Bagaimana hendak belajar menimang bola takraw yang betul

    ReplyDelete
  13. Memang bagus thank you sangat²

    ReplyDelete