Friday 6 April 2012

SEJARAH & PERKEMBANGAN SEPAK TAKRAW


  • Sepak Takraw ialah merupakan sejenis permainan antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Di Malaysia, permainan ini dipanggil 'sepak takraw'. Namun, terdapat perbezaan nama permainan ini antara Malaysia dengan negara lain. Antaranya ialah :

Filipina : sipa
Burma : chinlone
Laos : kator
Thailand : takraw

  • Pada tahun 1940an, permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telah digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.

  • Permainan Sepak Takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Perbincangan berlaku di antara wakil-wakil dari Negara Thailand dan Burma bagi membincangkan nama permainan ini. Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa Permainan ini dinamakan sebagai SEPAK TAKRAW, yang merupakan gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw'.

  • Pada masa kini, permainan Sepak Takraw telahpun mengalami evolusi dimana permainan ini bukan sahaja dimainkan dan disertai oleh atlet lelaki, tetapi juga turut dimainkan oleh atlet wanita.







5 comments:

  1. bagaimana pula perkembangan sepak takraw di sarawak...

    ReplyDelete
  2. sebab ada kawan saya ingin menjalankan kajian terhadap perkembangan sepak takraw di sarawak

    ReplyDelete
  3. Saya hendak bermain sepak takraw..tpi saya tak dpt imbang..mcm mana nak imbang nya ?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timbang gune dacing. Semoge membantu👌🏻

      Delete