Saturday, 7 April 2012

PERALATAN & KELENGKAPAN DALAM PERMAINAN SEPAK TAKRAW

1.    GELANGGANG
  • Berukuran 13.4 x 6.1 m dan bebas dari sebarabg halangan setinggi 8 m dari permukaan lantai.
  • Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04 m dan dilukis hala dalam dari penjuru ukuran gelanggang.
  • Garisan teras ialah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar.
  • Pada pertemuan silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke garisan tengah berjejari 0.9 m dan diukur serta dilukis hala keluar dari jejari tersebut.
  • Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m dan dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang mana pusatnya ialah 2.45 m dari garisan gelanggang belakang gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi.







2.    TIANG
  • Ukuran tiang mestilah mempunyai ketinggian 1.55 m (1.45 m untuk wanita).
  • Permukaan gelanggang hendaklah cukup tehug untuk mengekalkan ketegangan jaring.
  • Tiang hendaklah diperbuat daripada bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04 m.
  • Kedudukan tiang hendaklah didirikan dan ditempatkan 0.3 m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.



3.    JARING
  • Diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m.
  • Lebar jaring ialah 0.7 m dan panjang jaring ialah tidak kurang dari 6.10 m selari dengan garisan tengah gelanggang.
  • Kedua-dua hujung jaring dilekatkan Pita yang dijadikan sebagai sempadan dari atas ke bawaj dan kedudukannya ialah sebaris menegak dengan garisan tepi.
  • Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan menggunakan pita 0.05 m yang diperkuat dengan benang atau nylon.
  • Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.
  • Setelah diregangkan, bahagian atas jaring hendaklah berukuran 1.52 m ( 1.42 m untuk wanita) tinggi di bahagian tengah gelanggang dan 1.55 m (1.45 m untuk wanita) tinggi di tiang.



4.    BOLA SEPAK TAKRAW
  • Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang.
  • Diperbuat daripada satu lapis rotan atau fiber sintetik.
  • Ukur garis lilitnya mestilah di antara 0.24 m hingga 0.44 m (0.43 m hingga 0.45 m untuk pemain wanita).
  • Berat bola sebelum dimainkan hendaklah di antara 170 gm hingga 180 gm (150 gm hingga 160 gm untuk wanita).
  • Bola boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna atau warna yang terang tetapi tidak boleh mempunyai warna yang boleh mengganggu perhatian, fokus dan prestasi pemain.

Diperbuat daripada rotan




Diperbuat daripada fiber sintetik




5.     PAKAIAN DAN KASUT
  • Pakaian sukan yang sesuai  dan berkasut.
  • Memakai kasut sepak takraw yang bertapak getah yang sesuai dan selesa.
  • Berstoking.
  • Baju atau jersey sepak takraw haruslah dimasukkan ke dalam seluar dengan kemas.


Contoh kasut sepak takraw










No comments:

Post a Comment