1. GELANGGANG
- Berukuran 13.4 x 6.1 m dan bebas dari sebarabg halangan setinggi 8 m dari permukaan lantai.
- Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04 m dan dilukis hala dalam dari penjuru ukuran gelanggang.
- Garisan teras ialah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar.
- Pada pertemuan silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke garisan tengah berjejari 0.9 m dan diukur serta dilukis hala keluar dari jejari tersebut.
- Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m dan dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang mana pusatnya ialah 2.45 m dari garisan gelanggang belakang gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi.
2. TIANG
- Ukuran tiang mestilah mempunyai ketinggian 1.55 m (1.45 m untuk wanita).
- Permukaan gelanggang hendaklah cukup tehug untuk mengekalkan ketegangan jaring.
- Tiang hendaklah diperbuat daripada bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04 m.
- Kedudukan tiang hendaklah didirikan dan ditempatkan 0.3 m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.
3. JARING
- Diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m.
- Lebar jaring ialah 0.7 m dan panjang jaring ialah tidak kurang dari 6.10 m selari dengan garisan tengah gelanggang.
- Kedua-dua hujung jaring dilekatkan Pita yang dijadikan sebagai sempadan dari atas ke bawaj dan kedudukannya ialah sebaris menegak dengan garisan tepi.
- Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan menggunakan pita 0.05 m yang diperkuat dengan benang atau nylon.
- Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.
- Setelah diregangkan, bahagian atas jaring hendaklah berukuran 1.52 m ( 1.42 m untuk wanita) tinggi di bahagian tengah gelanggang dan 1.55 m (1.45 m untuk wanita) tinggi di tiang.
4. BOLA SEPAK TAKRAW
- Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang.
- Diperbuat daripada satu lapis rotan atau fiber sintetik.
- Ukur garis lilitnya mestilah di antara 0.24 m hingga 0.44 m (0.43 m hingga 0.45 m untuk pemain wanita).
- Berat bola sebelum dimainkan hendaklah di antara 170 gm hingga 180 gm (150 gm hingga 160 gm untuk wanita).
- Bola boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna atau warna yang terang tetapi tidak boleh mempunyai warna yang boleh mengganggu perhatian, fokus dan prestasi pemain.
Diperbuat daripada rotan |
Diperbuat daripada fiber sintetik |
5. PAKAIAN DAN KASUT
N I c e
ReplyDelete