Sunday 8 April 2012

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK TAKRAW





1.    PAKAIAN PEMAIN
        
  • Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw.  
  • Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan boleh membahayakan kepada pemain adalah di  larang sama sekali.
  • Pasukan  hendaklah mempunyai  sekurang-kurangnya  dua  set  Jersi/T-Shirt,  satu  set warna sama warna; pasukan tuan rumah hendaklah menukar pakaian pasukan mereka atau pasukan yang teratas di dalam senarai pertandingan.
  • Pemain hendaklah memakai Jersi/T-Shirt, seluar pendek, stoking dan kasut sukan bertapak getah  dan  tidak  bertumit  tinggi. Pakaian merupakan  sebahagian  daripada  anggota  badan.
  • Jersi/T-Shirt hendaklah dimasukan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits.
  • Semua Jersi/T-Shirt bagi regu dan pasukan hendaklah sama warna, bernombor dibahagian belakang dari 01 hingga 15 dan nombor hendaklah berukuran 19cm tinggi.
  • Setiap pemain hendaklah diberi nombor tetap sepanjang kejohanan.
  • Ketua regu hendaklah memakai 'arm band' di lengan kiri yang warnanya tidak sama dengan warna Jersi/T-Shirt.


2.    BILANGAN PEMAIN SETIAP REGU

  • Hanya seramai 3 orang.
  • Salah seorang pemain berada di belakang yang dinamakan sebagai tekong.
  • Dua orang lagi berada di hadapan iaitu seorang di sebelah kiri (Apit Kiri) dan seorang lagi di sebelah kanan (Apit Kanan).
  • Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan dijalankan.




3.    SISTEM KIRAAN MATA

  • Apabila perkara yang membatalkan dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberikan kepada pihak lawan termasuklah melakukan sepak mula yang seterusnya.
  • Mata kemenangan maksimum untuk setiap set ialah 21 mata.
  • Permainan dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit waktu rehat di antaranya.
  • Apabila kedudukan pada mata 20-20, penggunaan mata syiling 25 akan dijalankan.
  • Kemenangan ditentukan dengan perbezaan 2 mata sehingga mata 25.
  • Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan di dalam set ketiga yang dinamakan 'Tie Break' dengan 15 mata.
  • Sebelum pusingan  'Tie Break' bermula, pengadil akan membuat undian dan pasukan yang memenangi undian akan membuat sepak mula.
  • Tukar petak akan berlaku apabila satu regu mencapai 8 mata.


4.    KELEWATAN
  • Hanya 10 minit diberikan kepada regu yang lewat dan selepas itu pihak lawan akan diberikan kemenangan percuma atau tanpa bertanding, 2-0 (21-0 / 21-0).